KESIMPULAN
Projek ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang proses
pembuatan PCB. Dalam proses pembuatan projek ini, pelajar didedahkan supaya
bersifat kreatif, inovatif dan berdikari untuk menghasilkan produk yang pelbagai
guna dan membawa kemajuan kepada kehidupan sehari-hari. Pelajar juga dapat
menimba pengatahuan dan sifat-sifat komponen yang tiada di makmal.
Secara umumnya, proses pembuatan PCB meliputi 6 proses, iaitu mencetak litar
PCB, etching, menebuk lubang, pemasangan komponen, pemeterian dan pengujian.
Manakala selepas PCB disiapkan, ia akan dimasukkan ke dalam kotak supaya lebih
menarik,terlindung daripada terkena air dan mempunyai ketahanan yang lebih baik.
Kesimpulannya , projek yang baik haruslah mempunyai keboleh-harapan yang tinggi,
mudah digunakan dan kos yang berpatutan supaya dapat diterima oleh para pengguna.
Projek ini telah mencapai aspek-aspek yang telah dikemukakan dan ia berpotensi
untuk menjadi alatan yang popular dikalangan masyarakat sekarang.